Sabar..dalam hidup ini perlu ada kesabaran. Apa pun yang kita lakukan, jika disertakan dengan kesabaran pasti membuahkan hasil yang memuaskan. Tapi tak semua orang ada tahap kesabaran yang sama. Ada yang sangat sabar..kurang sabar..dan langsung tak sabar. Semuanya terpulang pada penerimaan individu yang berkenaan.
Kadang-kadang kita rasa kita adalah sabar orangnya. Tapi apabila diuji oleh Allah, tahap kesabaran kita akan tercabar. Andai kata kita mampu menempuh dugaan itu dengan sabar, alhamdulillah. Andai kata sebaliknya, haruslah kita segera kembali beringat.
Minggu lalu saya mencuba-cuba resepi membuat roti cheese yang menggunakan tepung gandum. Resepi ini mak mertua saya letak di dalam whatsap keluarga. Hasil dari bacaannya di Facebook. Itu adalah cubaan saya kali kedua.
Pertama kali mencuba,saya tak sabar. Tak sabar nak menghabiskan dari proses menguli hingga membakar. Semuanya gara-gara sikap 'tamak' saya. 'Tamak' untuk melakukan semua perkara dalam satu masa. Bila dah tamak, kuranglah kesabaran dalam diri. Tambahan pula, suami ajak saya keluar sebentar malam itu. Nah, hasilnya percubaan pertama saya adalah GAGAL. Oleh kerana dah gagal, malaslah pulak saya nak tangkap gambar dan roti pun terbazir. Bukan setakat roti, tenaga, elektrik, bahan-bahan lain juga turut terbazir. Jelaskan, apabila sabar dah kurang akan ada lagi yang tidak bagus menyusul seperti malas dan pembaziran. Ini baru kurang sabar, kalau dah hilang sabar macam mana? Wallahualam..
Inilah cubaan kedua saya. Agak baik dari cubaan pertama apabila saya tambahkan kesabaran dalam diri saya. Walaupun tak selembut roti cheese di kedai-kedai, saya kira masih ok lagi. Hehehe, sekadar nak sedapkan hati sendiri.
Kebetulan ada adunan roti ada lebih. Saya letakkan sosej. Saya akui ketika membuat roti sosej kesabaran saya kurang kerana azan Maghrib sudah berkumandang. Segalanya nak cepat siap. Lihat sajalah hasilnya. Maluuuuu!!..hehe..
No comments:
Post a Comment